nuffnang

Monday, April 19, 2010

tasty time wt ze-fronk

bonjour everyone!!

hehe..oleh kerana ade org mintak share recipe baked pasta..mehla aku share..ni pon dpt dr myresipi..tp adela tuka2 sikit jekk


Baked Pasta versi saye

Bahan-bahan ( 6 orang kot )
500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni)
300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu)
4-5 biji tomato(kalau besar pakai 4 pon cukup)
1 labu bawang besar – di dadu ( cukuple..mls nak cincang halus2..ai bukan chef u haha)
setengah tin kecil tomato paste (aku suke guna tomato paste..bukan puree)
1 tin cendawan butang - dihiris
mixed herbs/italian herbs/oregano/basil ( apa2 yg korang suke )
parmesan,cheddar dan mozarella (beli yg shredded)
100 gram butter ( lebih kurang separuh butter yg 250 gm tu)
low fat milk ( ni letak mcm 1 cup kecik,supaya sos ni tak masam sgt)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan sos putih :
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
2 kotak susu segar ( saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady low fat milk)
kalau ade whipped cream tu leh la campo ikut suke,,kasi berlemakkkkk :P
Secubit lada hitam dan garam

Cara-cara

Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

sos bolognaise

-rebus semua tomato utk beberapa minit,,sampai kulit die merekah...then angkat..bila dh sejuk bole la asingkan kulit2 tu tadi(ni aku ikut teknik2 from italian kat afc tu :P)
-masukkan 100gm +- butter,cairkan
-bila dah cair,masukkan bawang besar yg telah didadu tadi..tumis smpai naik bau
-masukkan minced meat/chicken,goreng la smpai semua masak..
-masukkan tomato yg telah direbus dan di buang kulit..hancur2 kan...kecikkan api dan tutup kejap periuk
-agak2 dh hancur tomato tadi,,bolehla masukkan tomato paste..setengah tin kecil cukup la..kalau byk sgt nanti die masam..ni pon ikut sedap tekak tukang masak ye..
-pstu tutup gak sekejap..then bole masukkan low fat milk..ni kene agak2 juga..masuk sikit2 then rasa lah heheheh
-pstu boleh masukkan garam,mixed herbs,blackpepper/groundblackpper kalau suka,tutup periuk,,kecilkan api...masak for about another half an hour( aku suka masak lama2 sikit..ni pon tiru technic2 italian from afc :p)..jgn lupa stir skali skale

okeh siap sos bolognaise iaitu lapisan kedua

sos putih

Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar.
Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.

Cara melapis

Dalam bekas tahan panas ,mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan bolognaise, kemudian ratakan sos putih. last layer tabur semua shredded cheese di lapisan paling atas(ni pon cheese agak2 la byk dia).Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Siap untuk dimakan, yummmehhhh ke? hahaha

ni semua aku agak2 ikut sesedap hati je la..cheese tu pon,nk letak byk pon ikut suka..then suhu dengan masa tu kene betul2 la ikut..kalau tak nanti bila dah masak cheese lapisan atas tu keras sgt mcm aku buat haritu,,kekeke,..sebab main tinggal je dlm oven

resipi ni mmg aku dh buat byk kali..mmg sodap la bagi laki aku ..hehehe
so terima kasih my resipi..:D
*make sure sos bolognaise tu pekat

so selamat mencuba rakan2

3 comments:

mummy_adam said...

wah menarik nie.. nak kumpul mood nak masak nie..huhu

atulhani said...

mekacey.. mmg maveles.. tak sangka mancet masak baked pasta tu hehhehehe...

mancet said...

mag-kekekke sile kumpul ekekke

atul-same2.nti dh masak jemput aku mkn eh haha
ala sangka laaa...ko igt aku masak nti periuk berlubang ke? hahahahhaha :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails